Sunday, December 19, 2010

Minggu yang menyedihkan..

Minggu ni aje aku dkejutkan dgn 2 berita pemergian seseorang. Kematian kedua-dua insan ini sungguh tenang kerana mereka di jemput oleh Ilahi semasa waktu subuh. 1) Pemergian ibunda Zimam Areeb pada hari isnin lepas. Zimam ni clasmate aku time skola Samttaj dulu. Semalam selepas g kenduri kawin membe pompn skolah Samttaj aku( Naimah Salim), ktorg sempat menziarahi zimam sekeluarga kt rumah die. Ktorg pergi 1 kereta (aku, Alwan@wanek, Kamil@syem n Khiddir@khid). 2) Pemergian moyang aku lak semalam(sabtu). ktorg pggil allahyarham as a atok rambutan coz kt rumah beliau ada bnyk buah rmbutan. Moyang aku ni kire nye rapat ngn ayah aku, 1 kampung ngn ayah aku kot. Ntah aku pon xpham cmne salasilah sbenar aku yg betol. Pening aku bnyk sangat.

Kematian sesuatu yg pasti (death is certain). Ia sudah termaktub dalam Kitab Al-Quran yg selama ni menjadi pegangan kita as a muslim. Seperti dalam surah Al-Quran bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan".    
(Ali-Imran 185)        
Semua harta, pangkat, kecantikan, atau ape juga akan terpisah dr kita bila ajal dtg menjemput kita menghadap Ilahi. Di situ lah segala amalan yg kita lakukan di dunia ini akan dihisab bagi menentukan perjalan kita samada kita ke Syurga atau Neraka. Semua ni dgn ketentuan dr Ilahi.

Dengan kesempatan ni marilah kita sama2 menyedekahkan DOA serta AL-Fatihah. Semoga roh Ibunda Zimam Areeb dan Moyang aku ni dipermudahkan segala urusan disana serta ditempatkan di dalam Syurga Jannah yg abadi. Selain itu juga, salam takziah dr aku sekeluarga buat zimam sekeluarga atas pemergian ibunda tercinta beliau. Semoga Zimam sekeluarga kuat menerima takdir dan suratan drpd Ilahi. Serta tidak lupa kpd ahli kelurga moyang aku juga, salam takziah..

AL-FATIHAH...


AMIN....


No comments:

Post a Comment