Wednesday, December 15, 2010

segmen movie: Hantu kak limah balik rumah


Cuti2 ini mmg membosankan. Asyik makan, tidor, tgk tv, n online dah naek feed up dh aku hidup mcm ni je. Bile ade kelas merungut bile lah nak cuti ni! tp, bile dah cuti komen bnyk lak. Alaa,,korg pun sama. Xyah nk tipu akulah. kn3?? So, bile aku dh bosan tahap cipan ni, akak aku pon ajak la pi tgk wyg. Aku pon set la..OK!(pdhal aku xkonfiden ngn akak aku ni, yelah dh bnyk kali aku kne klentong ngn die. Coz, asyik cancel jek..hangenn tol aku). Naseb baek arini die tunaikn jnji tgk wyg ngn aku. Aku pon pe lg, wt la reservation online kt GSC website.


tiket movie Hantu Kak Limah Balik Rumah. klakar giler aku ckp beb!! :)

Akak aku gtaw, kt astro dh preiew movie ni bnyk kali kot. Asal aku xpenah taw pon??mungkin aku ingt juz iklan biase kot. ntah lerr. Bile aku tgk cite ni, perrhh.. Mmg LAWAK nak mampos. Abes 1 hall dok gelak sakan. terbaek la cite niyh. meh ak share ngn korg sinopsis cite Hantu kak limah balik rumah ni. Pasni korg g la tgk sndiri. Xrugi pon ok!


Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. 

Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.
(sinopsis cite ni ak kopipes kt uncle google jek.malas lak aku nak tulis pnjg2 pasal bnde ni.hehe..)
kalo korg xdpt feel lg bile bce sinopsis atas ni, nah aku sediakn skali trailer cite ni. Korg tngok lah sndiri trailer ni..

 

Nak rosak pundi kencing aku ni asyik dok gelak je dalam pnggung 2. Bile abes je movie ni, ak tgk ramai kot yg nonton skali ngn aku, nk hmpir full kot. Ptot ler kecoh pnggung ngn gelakan dorg2 ni. sebelom balik, ktorg smpat la window shopping kt J.J (jaya jusco). Smbil2 itu, akak aku dok la survey barang2 tok hantaran kawen dorg nnt. Murah gile beb sale skrg. Kalo la duit aku bkepok dlm wallet ni, nak je aku shopping sakan.huhh! aduuhh, ttbe lak perot aku lapar. Ape lg, misi mngepau akak aku lahh. Last2 akak aku blnje la eskem sundae chocotop sebjik n donut J.Co tok bwk lek rumah..hehe..

tinggal ni jek donut yg smpat aku snap. Lg 3 dh slmt dtelan dek pnunggu rumah

Setakat ni je dlu entri aku tok segmen movie ni. Kalo aku de tgk movie yg len, ak update dlm next entry dlm segmen movie ni. So,, TUNGGUU... :)

No comments:

Post a Comment